Sunday, December 21, 2008

I spent 100+ bucks today!!

Ye memang betul!
sebab aku dan sekeluarga pergi ke KLCC (sebab kat Malaysia ni dah takde tempat melancong yang best lagi)

ape yang aku telah beli?
1: buku "Aviation Mechanic Handbook"
2: model MIG-25 Foxbat
3: skin laptop, gambar F-15 yang dipandu oleh Cipher, from the game Ace Combat Zero

sebenarnya ada banyak lagi buku yang aku nak beli, tapi tak cukup duit, antaranya ialah buku Walkthrough Crisis Core(70 bucks), Turbine propulsion (635 bucks!!), and buku Malaya Flora and Fauna (1225 bucks, sebab ianya dicetak pada tahun 1927, kertas pun dah brumur, dan aku nak sangat buku yang camtu!!)

dan juga visit ke KLCC tak complete tanpa ke fountainnya. sila nikmati gambar seterusnya!:





suka gambar ni sbab dapat tangkap gambar FREEZE die berlari



Nampak pelik kan klau ade satu je menara KLCC?



Pastu pergi ke Metro kajang (klau tak silap la), dan masuk ke kedai computer ni (which I bought the Laptop Skin), dan nampak la ini, nak sangat tengok diorang buat Proton punya plak.

Itu sahaja!!

/Aku yang masih belum lagi bayar yuran next sem/

Wednesday, December 17, 2008

Aku yang akan bercuti selama 3 minggu amat happy buat masa ini

YES!
paper final dah habis!(walaupun ade jugak soklan yang aku tembak...)

sempena itu, aku akan post banyak gambar!!

A Lil Trip to Langkawi

So, sempena cuti ari tu, eden dan sekeluarga (minus akak aku, HAHA) pi ke Langkawi untk berseronok (tak pun)



First day (10 Dec) kat Langkawi, takde mood nak amik gambar ape, so aku amik la gambar langit.



Second day (the best day at Langkawi) kitorang pi naik Cable Car, tak tau la korang nampak atau tak, tapi kat atas gunung tu, ade satu station, tingginya lebih kureng 750+ meter, klau takleh nampak, magnifykanlah



Bukan keluarga aku sahaja, tapi pak cik dan mak cik aku dari US (bkan Ulu Supri!), dan jugak Nenek aku.



Pak cik aku, Uncle Was, aku, dan babak aku
Note: aku pkai baju baru, hihihi



Klau korang tak nampak gak station terakhir yang cakap tadi tu, tengok gambar ni,
Nampak tak?



Second station, ketinggian kat sini lebih kurang 550+ meter



Gambar ni khas buat akak aku
PS:Sis, see what Pa is holding on for dear life?(literally)



Masa tengah tunggu cable car seterusnya, nampak plak ni.
Ni cable car khas untuk daredevil, well not actually. ni cable car untuk maintenance crew. nak sangat try...



Ni lah dia SUSPENsion Bridge Langkawi, secara jujur, tinggi memang tinggi, tapi takde bende yang nak dilihat ari tu, banyak awan



Aku yang cube buat gaya SUPAHman



Gambar Sunset yang aku sendiri tak sangka dapat ambil dengan LAWA skali!! Matahari betul2 centre tu!!!
Note:Time tu pukul 6.30 petang something, time tu memang cantik



Ari ketiga di Langkawi, plan nak bangun awal supaya dapat tengok matahari terbit, tapi TERover slept plak, so gambar ni pun sudah memadai.
Petang tu kitorang pi ke Langkawi Underwater World.(lots of good stuff is gone though)



That is one laid back turtle



Aku dan sepasang burung Macau.
Note: yes, snowcap tu aku yang beli. nampaknya kat Langkawi ni, barang yang berkaitan dengan Bob Marley memang feymes, hampir setiap kedai jual bende yang sama



Satu lagi gambar khas buat akak aku.
dah habis gambar untuk ari aku di Langkawi.

-------------------------------------------------------------------------------------



Semalam, sebelum paper last kitorang (CCC), aku amik gambar klas, tapi tak semua yang masuk.*SIGH*



Another one for the sake of love(?)

Thank you MANUFACTURING Class for those memorable days.
See you next Sem!!(which is like another 3 weeks)

-------------------------------------------------------------------------------------


Just nak cite skit pasal ari ni.
Aku telah membeli 3 cite anime,Gundam 08 MS Team, Lucky Star, dan Dojin Work.
ah, dah lama tak bazirkan duit.

Here's a last picture:



My Phone Wallpaper for the past one month


lama betul tak buat Blog yang panjang, dan klau korang tak perasan, aku post Blog ni tak letak tarikh BESAR, sebab malas sangat, HAHA

Saturday, December 6, 2008

As the East called, Love.....is like a Hurricane

Ergh.....
Sebulan tak bukak blog, tapi sama gak, takde sape pun komen/tengok/layan.
*gelak kesedihan sorang2*

tapi tak kisahlah. Final lagi 3 paper je, macam siot.

so, aku post blog ni saje2 je.




My current Desktop.