Tuesday, March 1, 2011

Cabaran Tiga Puluh Hari- Kepenyambungan!!

Hari Ke-4

Ceritakan tentang kehidupan keluarga anda

Merupakan anak yang ke-2 daripada 4 adik-beradik. Selalunya anak ke-2 ni tak normal sangat(second child syndrome), tanyalah mana-mana anak ke-2 kat dunia ni, tak pun kat Malaysia sahaja, mereka pun setuju. Secara rasminya juga memegang jawatan jurukamera keluarga (poyo sekejap) dan second driver.





Hari Ke-5

Ambil beberapa gambar dari bilik tidur anda





Tinggi giler kotak Gunpla aku

Maaf tak banyak gambar,dah lama takbalik rumah...



Hari Ke-6

Pergi ke Dash anda, cari orang yang terakhir yang post sesuatu, dan ceritakan sesuatu tentang dia



Beliau merupakan kakak aku yang baru sahaja balik dari US (bukan Ulu Supri eh), yang sudah mengakhiri (akhirnya) program degree-nya. Beliau juga merupakan pemangkin segala minat aku, seperti Anime, Manga, Fotografi dan sebagainya. Hmm, kalau nak cakap lagi memang panjang, so aku henti setakat ini sahajalah, betapa epic-nya kakak aku ini!!



Hari Ke-7

Ceritakan kejadian yang memalukan

Pernah termasuk tandas perempuan kat Masjid Jamek. Masa tu malam, memang tak nampak sign perempuan kat pintu tandas, dan tengah lama tahan lagipun, main masuk je lah kan? Nasib baiklah takde orang dalam tandas masa tu. Bila dah puas melepas, keluar tandas, nampak mak cik ni nak masuk, beliau pun berkatalah: "Ini tandas perempuan kan?" aku pun: "Ha'ah yelah!" *Gelak* mak cik tu pun gelak sekali lah, sejak insiden tu, aku selalu check sign sebelum masuk tandas!



Takde kaitan langsung gambar ini,cuma nak menunjukkan ianya sesutu perkara yang lucu sahaja



Hari Ke-8


Tulis tentang 5 orang yang mengubah kehidupan anda (hidup atau yang dah meninggal, terkenal atau tidak)

Ayah aku: Mengajar aku dan akak aku dulu pasal haiwan: kalau ko tak kacau dia, dia tak kacau ko" dan juga mengajar aku bawak kerete kene rilek.




Mak aku: Mengajar aku masa kecik dulu yang........adalah bende penting gak, tak taulah kenapa bleh lupe



Kakak aku: Kalau akak aku tak citer kat aku Anime tu ape masa kecik dulu, aku pun tak tau camne aku akan besar nanti, sebab Anime ni macam mengajar aku bende yang banyak tau!



Cikgu Ismail/Mael: Cikgu BM aku masa Tingkatan 4 dan 5, beliau mengajar dengan cara kuku besi! masa tu lah markah aku naik! kalau aku tak jumpe die, mesti aku tengah merengkok kat tepi jalan mane ntah!



Harap maklum yang Cikgu Mael adalah seorang lelaki, aku takde gambar beliau, jadi gambar Pn. Mariam pun jadilah, kerana beliau juga merupakan cikgu masa sekolah rendah dahulu

Diniy: rakan sekelas aku masa Tingkatan 4 dan 5. Masa ni aku agak skema dan poyo giler, dan die plak budak otai. Jadi aku pun fikirlah pada diri sendiri,"budak macam die ni mesti fail test mid term nanti!". Sekali lepas test mid term tu, die dapat no 3 dalam kelas! aku plak no 9. Time tu dia bagitau aku "tu lah engkau, ingat budak perangai macam aku ni takleh score ke?!" aku pun senyap je, dan terima hakikat yang budak otai pun pandai gak!! Lepas tu aku pun berbaik lah dengan die!! macam citer Shonen Manga la plak!



Gambar Diniy takde, jadi aku letaklah gambar gitar,sebab di ani suka main gitar!!

Fuh, berjaya jugak siapkan 5 post ni!!

2 comments:

Nadia Nor said...

BOW BEFORE MEH, THE EPIC-NESS!

Mama baru kata tadi ko takde benda nak cite pasal Mama AHAHA. pegi edit post ni cepaaat.

tangonovember said...

alamak, nak post ape bende nih!?