Sunday, March 20, 2011

Cabaran Tiga Puluh Hari - SEKALI HARUNGGG!!

pergh, dah lama betul tak update, semalam baru balik dari Baling, habis kursus 5 hari. Nak buat semalam tapi macam malas pulak (sebab sibuk download Anime dan main game). Hari ni buat macam malas gak, tapi fikir balik, sampai bila aku nak tangguh kan?

Jadi, mari kita teruskan dengan:

Hari Ke-9

Nyatakan 3 perkara yang anda suka tentang diri anda, dan 3 perkara yang anda benci

Suka:

- Tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat (tapi mudah terpengaruh dengan budaya jepun!)
- kehidupan normal aku
- berfikiran "buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih"
maksudnya: jangan cari keburukan dia sahaja, carilah yang baiknya sekali. (rasa nya la)

Benci:

- malas
- suka bawak kereta laju
- tak suka bergaul dengan orang baru


Hari Ke-10

Pandangan anda terhadap menggugurkan kandungan, perkahwinan sejenis, dan hukuman bunuh

- Mengugur kandungan

satu perbuatan yang keji.

"An unborn child bears no sin" - Gol D. Rojer

- Perkahwinan sejenis

dari segi Islam memang salah dan lagi haram. Tapi lantak korang lah nak kahwin ngan sape, cinta tu buta kan?

- Hukuman bunuh

tak beberapa setuju, pesalah macam senang sahaja menerima hukuman, mati sahaja macam tu.


Hari Ke-11

Senaraikan apa yang anda makan hari ini

masa tu makan ni sahaja:

-roti bakar
-kaya
-planta
-air kosong


Hari Ke-12

tidak kisahlah hari ini selasa atau tidak, siarkan satu TMI

apakah itu TMI?


Hari Ke-13

Tuliskan tentang status kehidupan anda

masih lagi bujang


Hari Ke-14

Rakamkan atau siarkan satu video anda



video ini di ambil semasa aku dalam bilik rakan. menontot video kakak aku yang dia siarkan dalam Blog dia masa keluarga aku pi ke USA bercuti...

Hari Ke-15

Apakah video kegemaran anda di YouTube?

ergh, dah lama tak bukak YouTube. Rasanya yang paling aku ingat adalah video yang bertajuk "Scariest kids TV show EVER!!"


Hari Ke-16

Pilih 5 lirik daripada 5 buah lagu dan kenapa anda sukanya

Queen - I was Born To Love You

You are the one for me
I am the man for you
You were made for me
You're my ecstasy
If I was given every opportunity
I'd kill for your love

pertama kali dengar macam sedap sahaja, itulah sebab aku, Haha



ef - A Tale Of Memories - Euphoric Fields 1 English Ver.~

Be alive, take it,
Promise to find, yes I will,
Shining wings filled with wishes.
Fly high, make it,
Get to the new world that I seek,
Someday, so I believe.

agak kagum dengan lagu ni sebab perempuan jepun nyanyi lagu inggeris ini dengan cantik sekali!



Black Lagoon The Second Barage - The World Of Midnight

Where nobody has a name
Where living is not a game
There, I can hide my broken heart
Dying to survive

sedap dengar sebab masa lagu ini dimainkan kene dengan epsiod itu


Eminem - Beautiful

But don't let 'em say you ain't beautiful woah
They can all get fucked. Just stay true to you sO
Don't let 'em say you ain't beautiful woah
They can all get fucked. Just stay true to you

suka kerana apa yang Eminem cakap (hampir) semuanya adalah benar


Evangelion - Komm Suser Tod

It all returns to nothing,
it all comes tumbling down, tumbling down, tumbling down,
it all returns to nothing, I just keep letting me down,
letting me down, letting me down, in my heart of hearts,
I know that I called never love again I`ve lost
everything everything that matters to me, matter
in this world

Termantap sekali sebab dimainkan masa dunia sedang dihancur!!


Hari Ke-17

5 rancangan TV kegemaran

- How it's made
- How stuff works
- Inside
- Modern marvels
- Otacool

sudah tak beberapa minat sangat tengok TV sekarang ni...


Hari Ke-18

5 cerita kegemaran

- V for Vandetta
- The Godfathers
- The End of Evangelion
- Porco Rosso
- Final Fantasy VII Advent Children

ini adalah antara kegemaran aku, pilih 5 sahaja memang mustahil...


Hari Ke-19

Memori kegemaran anda semasa kanak-kanak

Rasa-rasanya masa aku mengambil rakaman video kat satu pantai ni, sambil berjalan-jalan. Hasilnya rakaman yang sangat memeningkan kepala apabila ditayang semula.
Sedih betul aku ni, memori pada zaman kanak-kanak pun boleh lupe


Hari Ke-20

Ceritakan tentang hari yang paling teruk dalam kehidupan anda

Ergh, aku tak nak bagitau la, buat aku tak sedap hati....

Tuesday, March 1, 2011

Cabaran Tiga Puluh Hari- Kepenyambungan!!

Hari Ke-4

Ceritakan tentang kehidupan keluarga anda

Merupakan anak yang ke-2 daripada 4 adik-beradik. Selalunya anak ke-2 ni tak normal sangat(second child syndrome), tanyalah mana-mana anak ke-2 kat dunia ni, tak pun kat Malaysia sahaja, mereka pun setuju. Secara rasminya juga memegang jawatan jurukamera keluarga (poyo sekejap) dan second driver.





Hari Ke-5

Ambil beberapa gambar dari bilik tidur anda





Tinggi giler kotak Gunpla aku

Maaf tak banyak gambar,dah lama takbalik rumah...



Hari Ke-6

Pergi ke Dash anda, cari orang yang terakhir yang post sesuatu, dan ceritakan sesuatu tentang dia



Beliau merupakan kakak aku yang baru sahaja balik dari US (bukan Ulu Supri eh), yang sudah mengakhiri (akhirnya) program degree-nya. Beliau juga merupakan pemangkin segala minat aku, seperti Anime, Manga, Fotografi dan sebagainya. Hmm, kalau nak cakap lagi memang panjang, so aku henti setakat ini sahajalah, betapa epic-nya kakak aku ini!!



Hari Ke-7

Ceritakan kejadian yang memalukan

Pernah termasuk tandas perempuan kat Masjid Jamek. Masa tu malam, memang tak nampak sign perempuan kat pintu tandas, dan tengah lama tahan lagipun, main masuk je lah kan? Nasib baiklah takde orang dalam tandas masa tu. Bila dah puas melepas, keluar tandas, nampak mak cik ni nak masuk, beliau pun berkatalah: "Ini tandas perempuan kan?" aku pun: "Ha'ah yelah!" *Gelak* mak cik tu pun gelak sekali lah, sejak insiden tu, aku selalu check sign sebelum masuk tandas!



Takde kaitan langsung gambar ini,cuma nak menunjukkan ianya sesutu perkara yang lucu sahaja



Hari Ke-8


Tulis tentang 5 orang yang mengubah kehidupan anda (hidup atau yang dah meninggal, terkenal atau tidak)

Ayah aku: Mengajar aku dan akak aku dulu pasal haiwan: kalau ko tak kacau dia, dia tak kacau ko" dan juga mengajar aku bawak kerete kene rilek.




Mak aku: Mengajar aku masa kecik dulu yang........adalah bende penting gak, tak taulah kenapa bleh lupe



Kakak aku: Kalau akak aku tak citer kat aku Anime tu ape masa kecik dulu, aku pun tak tau camne aku akan besar nanti, sebab Anime ni macam mengajar aku bende yang banyak tau!



Cikgu Ismail/Mael: Cikgu BM aku masa Tingkatan 4 dan 5, beliau mengajar dengan cara kuku besi! masa tu lah markah aku naik! kalau aku tak jumpe die, mesti aku tengah merengkok kat tepi jalan mane ntah!



Harap maklum yang Cikgu Mael adalah seorang lelaki, aku takde gambar beliau, jadi gambar Pn. Mariam pun jadilah, kerana beliau juga merupakan cikgu masa sekolah rendah dahulu

Diniy: rakan sekelas aku masa Tingkatan 4 dan 5. Masa ni aku agak skema dan poyo giler, dan die plak budak otai. Jadi aku pun fikirlah pada diri sendiri,"budak macam die ni mesti fail test mid term nanti!". Sekali lepas test mid term tu, die dapat no 3 dalam kelas! aku plak no 9. Time tu dia bagitau aku "tu lah engkau, ingat budak perangai macam aku ni takleh score ke?!" aku pun senyap je, dan terima hakikat yang budak otai pun pandai gak!! Lepas tu aku pun berbaik lah dengan die!! macam citer Shonen Manga la plak!



Gambar Diniy takde, jadi aku letaklah gambar gitar,sebab di ani suka main gitar!!

Fuh, berjaya jugak siapkan 5 post ni!!